5S HOUSEKEEPING DAY

Hari ini adalah hari '5S HOUSEKEEPINGDAY'. Jam lapan pagi semua urangs wajib berkumpul di PMB CAFE.  Semua dah berkumpul di PMB CAFE sambil bersarapan nasi lemak 'PAK ALI". Bukan dekat AA je ada nasi lemak pak ali ni erk. Sungguh sedap nasi lemak Pak Ali ni. Harap harap tidak lah mengantuk semasa membuat kerja nanti. Aktiviti pagi ni membersihkan kawasan sekitar. Ada sebelas dept yang mengambil bahagian pada pagi ini. Masing - masing telah di berikan tugasan. Pusing keliling satu kilang nampak gayanya pagi ni.

Briefing di sampaikan oleh En Zul dan En Azudin 5S team. 


Pembahagian tugas pun bermula. Ada Leader yang bakal memimpin mereka. 

GYM yang penuh padat dengan segala dokumen kini sudah clear cantik menawan. Riadah GYM boleh diteruskan selepas ini. Selaras dengan matlamat 5S 'SEIRI, SEITON, SEISO, SEIKETSU & SHITSUKE' maka xtvt pagi ini berjaya di lakukan dengan sifat 5S. Bravo untuk kumpulan ini. 


MAJLIS BERBUKA PUASA PMB

Majlis Berbuka Puasa telah diadakan pada hari semalam (Rabu 17 Julai bersamaan 1434H) di perkarangan Pharmaniaga Manufacturing Bhd. Pada jam 6.00 petang ketibaan Wargakerja  PMB dan pada jam 6.15 petang diadakan takzirah dan bacaan yassin. Tepat pukul 7.30 ptg majlis berbuka puasa bermula. Dengan kehadiran Dato Farshila Emran ke majlis ini memeriahkan lagi suasana sambutan Majlis Berbuka Puasa pada kali ini. 


Kenny Rogers Roasters pilihan kali ini.

Ahli rewang....

EMcee terhebat dan sedondon lagi

Tazkirah dan bacaan yassin.


MONTHLY ASSEMBLY

Untuk tahun 2013 Monthly Assembly telah pun dilaksanakan semalam. Kehadiran Dato' Farshila ke PMB memeriahkan lagi suasana sambutan perjumpaan bulanan diantara staff Pharmaniaga Manufacturing Bhd. Majlis bermula jam 3 petang berakhir seperti yang di jadualkan.

Majlis sambutan Hari Jadi dikalangan pekerja Pharmaniaga Manufacturing dan Anugerah Perkhidmatan 15 tahun diraikan bersama.