BERBUKA PUASA













Venue : Johnny's Alamanda PUTRAJAYA

FLY FLY FLY



Photog ni idea Kapten Fuad TWO FOUR SIX

'Bye En Ishak. Jumpa raya nanti'

Mak aih! Ni sapa yang nak pi Fly ni????


Jam 3.30 ptg En Ishak dan isteri menuju ke balai berlepas.







'Alahai...baru ku tanya. Jangan sedih dulu Zura. Tunggu!!

' Zura' - Hang tak sedih ka Zura? (hehehehe) Ini staff Finance anak didik En Ishak ni.



Photog by Kapten Fuad. Wah framing dah cun. Boleh tambah lagi satu photographer untuk PMB ni....




'Memandangkan sindrom H1N1 semakin membimbangkan maka anda digalakkan memakai face mask demi keselamatan.Terima Kasih'

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Perpisahan sementara sajakan En Ishak kan(hehehehe). Penulis & (Finance Div) baru balik dari LCCT. Terima kasih pada Kapten Fuad kerana sudi membawa kami serombongan ke sana untuk melambaikan salam perjalanan buat En Ishak dan isteri ke Jakarta tengahari tadi. Hujan yang begitu lebat tidak mengendalakan perjalanan kami tadi, alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak disini. Buat En Ishak ALL DE Best!!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK


Syaliani Husna (Operation Div) & Noraziah Zubir (SCM Div)

Dari kiri Syiken (Finance Div) Anna Azlien (QM Div) & Nurazmah (HR Div)


Mewakili Laman BlOG PharmaniagaManufacturing ingin mengucapkan kepada seluruh warga Pharmaniaga salam RAMADHAN ALMUBARAK.....

- Kian Jauh Tirai Syaaban, Kian Dekat Lambaian Ramadhan, Luhur Iman Ikhlas aMalan, Luhur IBadat DiBerkati Tuhan. SlMt Mnyambut Ramadhan AlMubarak......

- Isnin Jumpa Selasa untuk tanya, adakah Rabu tahu yang Khamis bagitahu pada Jumaat bahawa hari Sabtu dah start puasa!' SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAT PUASA!

SESSI PENERANGAN H1NI


'JANGAN JAUHI FACE MASK DARI WAJAH ANDA' -




Instant hand sanitizer ada dimana-mana. Salah satu cara praktikal untuk menghapus bakteria.

Penggunaan Face mask juga adalah salah satu langkah yang harus diambil kira.

Memandangkan kes H1N1 ini semakin serius, awal pagi tadi sedikit penerangan telah diberikan oleh En Fahrul dari jab ER/HR kepada staff PMB. Langkah keselamatan yang harus diambil memandangkan kes ini semakin begitu membimbangkan.

INFLUENZA A H1N1 : APA YANG KITA BOLEH BUAT



FACE MASK


Semalam, Virus H1N1 telah meragut 67 mangsa di negara ini.

Virus ni semakin mengancam manusia di seluruh dunia. Pakar Kesihatan WHO mengatakan virus ini seolah-olah tak dapat dihentikan dan cara penyebaran yang mudah menyebabkan ia pantas mengembangkan kawasan liputannya. Dan, vaksinnya pula hanya akan didapati hujung tahun ini. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar wang untuk memastikan vaksin ini sampai ke negara ini bagi menyelamatkan mereka yang masih boleh diselamatkan.

Namun, kesedaran di kalangan masyarakat kita masih berada di tahap membimbangkan. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab, di sebalik peringatan-peringatan dalam iklan-iklan di media massa, virus ini terus merebak dengan begitu pantas di kalangan masyarakat kita.

Langkah-langkah pencegahan tidak diambil, kalau diambil pun, ia tidak betul. Dan bagi yang baru sahaja pulang dari luar negara, walaupun tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti H1N1, mereka patut ambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan sendiri kuarantin di rumah. Apatah lagi kalau mereka ada selsema, walaupun tidak serius, mereka tak sepatutnya lupa untuk melakukan langkah pencegahan awal. Mereka bukan sahaja akan selamatkan diri dan keluarga mereka, bahkan juga masyarakat sekeliling.

Saya tahu, mungkin ramai yang sudah tahu langkah pencegahan ini. Tapi saya rasa bertanggungjawab juga nak beritahu anda, apa yang boleh kita buat untuk elak virus H1N1 terus merebak.

Jika anda bakal mengunjungi negara yang dilanda H1N1, seboleh-bolehnya tangguhkanlah perjalanan anda. Kalau tak boleh tangguh, sila ambil langkah berikut :

1. Ketahui kawasan yang mengalami kes H1N1 yang paling tinggi.

2. Elak melawat kawasan yang sesak.

3. Elak bersentuhan dengan pesakit H1N1. Tapi kalau perlu juga, pakailah alat pernafasan yang sesuai.

4. Jaga kebersihan diri. Basuh tangan dengan air dan sabun setiap masa terutama selepas batuk dan bersin.

5. Guna tisu atau saputangan ketika batuk atau bersin dan buang tisu terus ke dalam tong sampah.

6. Kalau ada simptom-simptom H1N1, terus dapatkan rawatan. Jangan bertangguh.

Dan, kalau anda baru sahaja pulang dari negara yang dilanda H1N1, sila :

1. Elak berdampingan dengan orang lain selama 7 hari.

2. Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya anda demam dan mengalami salah satu gejala berikut : batuk, sesak nafas, sakit tekak, sakit kepala atau sakit badan.

3. Maklumkan juga kepada doktor yang merawat anda yang anda baru sahaja pulang dari negara yang dilanda H1N1.

Sama-samalah kita ambil langkah pencegahan awal. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.


** Dipetik dari :-

http://pmr.penerangan.gov.my/alwayselamat/?p=194