FUTSAL TOURNAMENT 2012

Semalam hari Ahad selesai sudah FUTSAL TOURNAMENT 2012 anjuran Kelab Sukan Pharmaniaga Manufacturing Bhd. Sekalung tahniah kepada pemenang yang telah berjaya mengondol medal Juara Futsal 2012. Layan foto jom.....


OCT ASSEMBLY

Tiga dalam satu. Perhimpunan bulanan merangkap sambutan hari lahir kakitangan Pharmaniaga Manufacturing dan Sambutan Syawal biarpun sudah berakhir. Alhamdulillah perjalanan majlis ini selesai dengan sempurnanya semalam yang bermula di awal pagi hingga jam 12.30 tengahari. Terima kasih kepada penganjur yang menjayakan majlis ini. Datin Shamsinar Haji Shaari telah merasmikan pelancaran 5 S di Pharmaniaga Manufacturing Bhd sebelum berakhirnya majlis ini semalam.


Ucapan dari Datin Shamsinar Shaari.....
GM PMB En Saharuddin Othman....
En Iqbal wakil dari HQ....
Bertambah meriah lagi dengan kehadiran maskot A & W.....O lalallala!!!!
Pelancaran 5 S Oleh Datin Shamsinar Haji Shaari....

WARNA WARNI AIDILFITRI 2012

Mohon maaf zahir dan baten...

Ratu baju kurung. Nan ado?

Sifu Ariff wakil dari HQ. Selamat Hari Raya En Ariff. ' 2 kali ganda besornya dari tahun lalu erk'....

Warna warni aidilfitri 2012 di Bukit Raja telah diadakan pada hari jumaat lepas. Semua wargakerja PMB diberikan pelepasan kerja setengah hari. Penulis serta rakan sampai disini pun sudah agak terlewat kerana menerima jemputan open house pada hari yang sama. Apa pun dapat juga penulis merakamkan foto-foto dimajlis tersebut buat tatapan wargakerja Pharmaniaga.

MSU RUMAH TERBUKA

Tetamu cilik yang sangat shummel ni...

Baru baru ni kami telah mendapat jemputan dari MSU untuk Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih pada Puan Rohani atas jemputan ini. Wakil dari HR Puan Shiham & Cik Azmah datang meraikan majlis ini.